
16 Julai 2025, Wisma MPM — satu langkah strategik ke arah pemerkasaan usahawan wanita di negeri Perak.
16 Julai 2025 | Wisma MPM
Satu langkah strategik ke arah pemerkasaan usahawan wanita telah dilaksanakan pada 16 Julai 2025 apabila satu Memorandum Perjanjian dimeterai antara UTLA dan USAHANITA Negeri Perak bagi pelaksanaan Program WeBBB 2.0. Majlis tandatangan berlangsung di Wisma MPM.
Majlis ini menyaksikan Puan Yanie Yusuf, Pengerusi Usahanita Negeri Perak, mewakili pihak USAHANITA Negeri Perak menandatangani memorandum tersebut di hadapan Puan Atiqah selaku Pengarah Program WeBBB (University Through Life Academy — UTLA 2025), turut dihadiri Dato’ Sri (Hons) Hjh Faridah A.Jabbar, President & Founder UTLA.
Program WeBBB 2.0 dijangka menjadi pemangkin kepada kemajuan usahawan wanita di negeri Perak melalui pemerkasaan digital, pembangunan platform e-dagang dan latihan berterusan dalam bidang teknologi maklumat serta pemasaran dalam talian.
Dengan termeterainya perjanjian ini, kerjasama antara UTLA dan USAHANITA Negeri Perak akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk memperkukuh jaringan keusahawanan wanita di era digital, sejajar dengan aspirasi transformasi ekonomi digital negara.




